March 11, 2012

erti seorang hamba

bismillah dan assalamualaikum..


apa ertinya aku menjadi seorang hamba?
apa ertinya aku menjadi seorang muslim?
apa ertinya aku menjadi seorang pelajar? guru? pekebun? doktor?

syukur.. kerana hingga ke harini aku masih dapat meng-inhale-exhale atas muka bumi ini. cube kalau esok kematian menjemput aku.. apa aku nak jawab dalam kubur nanti?
apa yang aku dah lakukan sepanjang hidup atas dunia ni? amal ibadahnya,amal jariahnya..

teet.................


.sesungguhnya solatku, ibadahku , hidupku,dan matiku hanya untuk Allah.
(6:162)
.setiap amalan bergantung pd niat.
(hadis 1)

pernah suatu ketika dulu aku sangat menginginkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan upsr/pmr/spm.

ketika itu barulah nak mencari Dia..barulah nak rajin-rajinkan ber qiamulail atas sejadah kesayangan kau tuh. dengan alasan mahukan kasih sayang dariNya.. tak nak Dia lupakan kita walau sesaat pon ketika itu..

minggu exam la katakan.. kenalah jaga hubungan dengan Allah.
betol x ?? huh. salah konsep tuh wahai kau..


kini..
segalanya telah tercapai. segalanya termakbul..

betapa malunya aku. waktu susah baru nak cari Dia.. waktu senang x teringat langsung~


study itu ibadah, berkerja juga ibadah.

tidak ada tembok yang memisahkan antara alam study dan alam pekerjaan.

semasa alam study, ibadah tidak dilupakan pon. exam exam exam..qiam qiam qiam..bagus betol ketika itu.

alam pekerjaan pula tetibe tertukar arah tujuan. teros nampak duit! kejar kekayaan semata-mata, mengisi perutnya dengan macam-macam jenis makanan dek takut mati kebuluran, malah beli sepuluh bijik rumah lagi tuh utk keselesaan hidup.

melampau sangat la tuh kan.haha. ok abaikan.

kita ada matlamat lebih jauh dari itu.
dunia ini sebagai ladang akhirat. bukanlah mengejar keduniaan.. kerana dunia ini terlalu murah untuk diperdagangkan.. hanyalah fatamorgana.. Andai tersungkur ke lembah keduniaan..maka itu menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menasihati dan mengingatkan kembali tujuan hidup mereka.

seorang doktor bertanggungjawab untuk merawat pesakitnya. merawat penyakit jasadnya, menasihati,dan beri ubat . kerja selesai.

tetapi untuk menjadi doktor yang luar biasa.. ia bukan sahaja merawat jasad, malah merawat jiwa dan rohani pesakitnya.. kita punya tanggungjawab untuk merawat jiwa dan ruh yang sakit. memberi kesuntikan keimanan pada jiwa-jiwa dan jasad mereka yang semakin tenat. oh, istimewanya kerja ini kerana ia merupakan kerja yang tidak bergaji. ia hanya dilaksanakan oleh mereka yang yakin akan bangkitnya Islam di mata dunia.. suatu hari nanti.

be a professional doctor. transforming the inner you. from zero to hero,,

akhir sekali.. majulah sektor pekerjaan untuk islam! erk.
sekian, wassalam.

siap sudah 'artikel'.

No comments: