March 18, 2012

kelantan :)


Bismillahirrahmanirraheem..

Berakhir sudah asasi di nilam puri, Kelantan..

Al-kisahnya..

Keluar sahaja result UPU, maka gembiralah hati ini kerana terpilih masuk university Malaya (UM) dalam bidang asasi syariah.. dan borak2lah dgn kawan di laman sesawang.. tetibe dia kata:“ouh, asasi kos syariah eh..ko dpt UM kat Kelantan la kan..?” . “err...kelantan?” pastu searching2 lah internet.. terbukti ianya di k.e.l.a.n.t.a.n.. Kawan-kawan yang lain ramai tercampak di UIA, UITM, USIM, UM KL. nilampuri hanyalah aku seorang sahaja akhawat dari smi hidayah jb. Dan 2 orang ikhwah lg..

Pasrah.………..

Secara keseluruhannya.. di akademi pengajian islam university Malaya(apium) semuanya ok-ok. Pensyarah, persekitaran, pelajaran, sahabat2 semuanya ok.. cume pelajarannya agak berat sedikit.. Silibus pelajaran dalam bahasa arab. ada juga subjek mathematics, English, praktikal ibadat, kenegaraan dalam bahasa melayu.

Kelantan darul naim.`

Pasti akan dirindui.

Terutamanya mereka berdua..

mohd nordin (caca) dan pn. hasmah (caci).

caci.yumni.caca

mereka sudah seperti mak ayah saya di Kelantan. Menggantikan ummi ayah di johor. hee.

Sangat suka duduk kat rumah caca caci.. waktu hujan, kelaparan, blackout ,tension ,bosan,sedih, assignment tgh bertimbun.. Macam nak teros balik binjai jek masa tuh. Melarikan diri dari masalah~ masa semester 1 & 2 selalu pi rumah mereka. Semester 3 dalam 2kali.. semester 4 sekali jek. Hamizah bukan dah jadi sombong.. tp ade byk program di um, ade kuliah, ade kelas memandu lagi.. huhu. Ingat tuh memang ingat..tapi..tapi…. tak ada rezeki. Hee

.Caca.

Caca nih seorang yang peramah. suka bercerita. Kalau dalam kereta, takkan sunyi sepi duduk dalam kereta tuh. Ade je bende caca nak cerita. Tak berhenti-henti ceritanya sampaikan kadang kadang hamizah tak tahu nak bagi respon ape kat belakang. Caci lah yang setia menemani di sebelah caca. Aku? Pandang ke cermin kanan.. lihat pemandangan indah di luar~ ngeh ngeh

Caca pandai bertukang jugak .macam pak ngah arif.. Tp Pak ngah buat keje2 kat pejabat dia.. Caca bertukang kat depan rumah dia jek. Melihat caca bertukang itu ini, itu sangat best! Mungkin sebab orang-orang johor xpandai bertukang.. jadi agak jakun sedikit di situ ye.. heh.

Nasihat caca yang paling diingati: “ orang yang banyak tido adalah orang yang rugi..”

dush3.


.Caci.

caci caci caci..

selalu mesej caci nak datang rumah.. caci pula amatlah mengalu-alukan kedatangan. Nak bawa kawan-kawan pon boleh katanya.. Hamizah selalu cerita pada dorang tentang caca caci. Hasrat di hati memang nak bawa kawan2 stay rumah caci.. tapi tiap kali nak pergi..ade je hal yang melanda..huh kecewa~

ouh ouh. Masakan caci the best lah.. terutamanya mee goreng yang caci masak pagi-pagi tuh. Jemput-jemput pon sedap.. maaf la selalu x tolong caci masak.. duduk dalam bilik je.. pastu makan pon sikit..lambat pulak tuh. Terpaksalah caci menunggu hamizah habis makan. Bila Caci suruh tambah nasi, selalu jawab “dah kenyang”. Haihh~

mintak maaf andai selama ini hamizah ada terbuat salah, terguris hati, tersilap bahasa, malas, tak sopan, tak bagi respon, banyak diam dan banyak lagii… hua.

Terima kasih atas segala-galanya. Jasa kalian akan ku ingati sentiasa ^__^

semoga keluarga ini dirahmati Allah,
diberikan kekuatan dalam apa jua kead
aan,
dan

semoga berbahagia hingga ke syurga.
^^

.peace!

lepas nih jarang nak nampak bendera kelantan terkibar-kibar.
nampak bendera johor pulak.huhu.

Hm hm..

Kenangan:

-bandar kb

-naik bas jb à kb selama 12 jam.

-orang-orang Kelantan serius baik-baik + sopan.

-orang ber-kecek Kelantan

-suasana Kelantan yang soleh solehah

-tempat tok guru nik aziz. *xsempat jumpa pon.tengok kereta je

-pantai !
pantai irama,pantai cahaya bulan, pantai melawi, pantai bachok.. johor mana ade pantai.

Promotion.. marilah datang ke Kelantan..

kepada adek2 lepasan SPM. Marilah belajar di akademi pengajian islam university Malaya (APIUM) nilampuri Kelantan. Ade empat pilihan kursus.. asasi pengajian islam, syariah, usuluddin, dan pengajian islam dengan sains. Seronok~ mail ah.. confem x rugi.

Kalau nak melancong di Kelantan. Tempat paling popular.. wakaf che yeh, pasar siti khadijah, sekitar Bandar kota bharu, banyak pantai, kedai makan pon banyak, rantau panjang, pengkalan kubur. Makanan pula, nasi kerabu, nasi kukus, nasi ulam, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Oh,dan nasi air. Haha. Nasi air=bubur.

Bubye Kelantan.

Kalau ade kad jemputan, jemputlah kami sekeluarga ye ^^

(ehem kak ain.haha)

selamat sudah sampai di johor bahru..
alhamdulillah.alhamdulillah.

lepas nih mengadap bandar je la nampaknya
rumah2 teres..kedai2 cina, @.@

wassalam.

3 comments:

al~ said...

kecek kelate laa

pokok bunga kat umah banyak leh tengok dan SIRAM hehe

tunggu ayer balik pulak!

al~

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah atas result UPU....

wantie said...

first time dengar gelaran caca caci.