March 10, 2012

Peristiwa Hijrah: Pengajaran dari sudut daawi~

Bismillahirrahmanirrahim

Pada suatu petang, sebagaimana yang dijanjikan aku tiba bersama-sama akhawatku di tempat biasa.

Sementara menunggu hadirin dan tetamu khas sampai, kami membaca ayat2 dari surah Al-Furqan. Tentang IbaadurRahman dan

sifat2 mereka. Bacaan diperdengarkan oleh ukht dari Madagascar yang masyaAllah sudah habis hafalan qurannya. Namanya ukht Aminah

Majlis mula dipenuhi dengan akhawat dari pelbagai bangsa dan negara. Ada yang pernah kukenal dan ramai yang pertama kali kulihat. Alhamdlillah kerana bila kami mula taaruf jamaie (berkenal secara ramai2) baru ku tahu bahawa ramai lagi akhawat di luar sana. Yang dari Indonesia, dari Somalia, Turki, Turkmenistan dan Mesir. Malah ada teman Aminah juga hadir membawa bayi yang berusia 1 bulan. Meriah sungguh

Masing2 punya bahasa sendiri tapi kami mudah faham dengan berbahasa arab alhamdlillah

Saat jemputan khas dari ikhwan mesir berpuas hati dengan kesediaan kami menerima taujih, sharing pun bermula^_^

HIJRAH NABI S.A.W DALAM KONTEKS PELAJAR MUSLIM
Awwaluhu, perlu jelas hadaf dalam jihad..menuntut ilmu itu jihad fi sabilillah sehinggalah kita pulang ke rumah (atau dalam konteks kami, tanahair masing2)

Tentang sifat2 asykhos(individu2) dalam peristiwa Hijrah Rasulullah (baca: muhajirin dan ansar),

1. Ikhlas..niat yang betul. Sebagaimana muhajirin yang sanggup meninggalkan segala yang dipunyai, famili, tempat lahir. Macam Mus'ab yang sejak kecil hidup mewah..dan Abu Salamah yang mendapat halangan dari pihak keluarganya dan keluarga isterinya.

2. Rasa yakin dengan nusratil islam (ingin menangkan agama Allah)...sehingga ia mampu menghiasi dirinya pada setiap masa dan perbuatannya

3. As-Sidq (benar2 sebagai seorang yang beriman)

4. At-Tadhiyyah (berkorban)...seperti Khabab bin 'Arat seorang sahabat yang patut dicontohi kerana Allah menyebut dalam ayat (Taubah:111) Innallaha yasytara minal mukminiina anfusahum wa amwalahum...

...semua ini sebab apa.. Tidak lain kerana para sahabat dengar, tahu, terbayang2 dan sentiasa mengejar2 syurga itu!

5. Sabar


Dan...
Ganjaran2 Allah ke atas para muhajirin termasuklah:
1. Rizq..yang tak putus (padahal mereka sehelai sepinggang ketika sampai ke Madinah)

2. Hasanah..(pahala yang berterusan lebih2 lagi sahabat2 yang berdakwah)

3. Maghfiratullah

4. Diangkat darjat mereka di sisi

Akhirnya, poin2 daawi yang dapat diambil dari peristiwa agung Hijrah Rasulullah s.a.w antaranya:
1. Bagi membina masjid..sebagai pusat(baca: asas) daulah islamiyah di Madinah
2. Persaudaraan muhajirin dan ansar
3. Hubungan2 luar sebuah negara islam dengan negara lain

*****************************************
banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan..benarlah kata Asy Syahid Imam Hasan Al Banna "Al Waajibaat aktsaru minal auqat"

Ikhwan juga dalam muktamar yang terbaru Rabu lepas, mengulang ayat ini dalam mana mereka kini berdepan dengan fasa yang mencabar lagi menuntut juhd. Di saat kritikal ini mereka harus membuktikan bahawa hasil tarbiyah yang sering dilaungkan ikhwan bakal mengubah umat muslimin. Bukan setakat di tanah air mereka Mesir bahkan di setiap negara di seluruh dunia. InsyaALLAH apa yang kita sama2 impikan sudah dekat. Khilafah Islamiyah.

Sudahkah kita bersedia menyambut seruan dan menyokong gagasan perjuangan ini?


gambar2 sekitar Nadwah FJP (Guest of Honor was Dr Mohamed Mursy)..



..dan Muktamar Nisa' hizbul Hurriyya wal 3Adaala yang pertama kali dibuat di mesir!







1 comment:

nad said...

sudah keluar!~ turun selalu cairo pas nie :D