December 31, 2015

End of Two Thousand Fifteen

Bismillah,

(15 minit sebelum jam menunjukkan 12.00 am, tahun 2016)

2.0.1.5

Tahun yang bertarung dengan final year project,
sebagai pelajar tahun akhir

tahun yang aku rasakan longlai sedikit di sebahagian aspek

selalu bermonolog di depan sejadah
merintih
menghirup udara nyaman di keheningan pagi
yang seakan-akan menghembuskan semangat

yang paling boleh diconcludekan adalah

tahun ini aku rasakan
dikelilingi oleh manusia dari latar belakang berbeza
begitu menguji kesabaran

kesabaran dalam bersahabat
sabar melayani kerenah
sabar melayani gerak-gerinya
sabar dalam perbuatannya

kerana aku tahu, dia juga seorang manusia
yang punyai khilafnya.

aku juga begitu.

khamis, 11.54 pm

December 18, 2015

Yang Mengesani Hati

Bismillah,


::Tembok Tidak Berpintu::
main library, um

Kisah Para Librarians

Mahu mengisahkan pengalaman ini

namun begitu, saya rasa belum lagi waktunya
untuk menceritakan

tunggu lah apabila telah selesai segalanya
bilamana akan terbitnya keluaran 'buku'

To be continue..


November 28, 2015

Fa sobrun Jameel..

Bismillah,

"Wahai orang-orang yang beriman,
bersabarlah dan kuatkan kesabaran" [3:200]

Bersabarlah.. dan bersabar lagi..
Dengan kesabaran itu, kamu akan beroleh kejayaan.


Di tengah panasnya matahari sambil menunggu bas. Sangatlah menguji kesabaran bila mana bas tidak muncul-muncul jua..

Namun aku gantikannya dengan bacaan mathurat yang terlupa untuk baca pagi itu.

Ada juga ujian kesabaran dalam pelbagai bentuk.

Sabar dalam memaafkan
Sabar mendengar luahan sahabat
Sabar dalam bertarung dengan diri sendiri

Sama-sama menjadi hamba yang sabar.

November 21, 2015

Bekalan

Menjejaki perjalanan 
dibekalkan makanan
Sehari tidak makan
lemah tubuh badan

Dalam menuntut ilmu juga
Perlunya bekalan 
Bekal iman.

(mula sudah merepeknya~)

November 16, 2015

Qudwah Hasanah

Bismillah,

Perlunya mengambil semangat dari mereka yang semangat
Sekurang-kurangnya percikan semangat terkena pada kau

Kalaupun tak mampu menjadi semangat seperti orang di atas
Sekurang-kurang kau mendapat semangat darinya

Seorang mukmin itu seharusnya mengambil contoh teladan yang baik bukan?

Kalaupun tak mampu menjadi qudwah kepada orang lain,
Ikutilah qudwah yang baik


Surau Akademi Pengajian Islam UM
06.34 p.m

November 03, 2015

Bismillah,

Tak suka mengheboh-hebohkan tarikh lahir sendiri
Apalagi diheboh-hebohkan

Kerana aku sendiri bukanlah orang yang ingat tarikh lahir teman-teman

Senang nak faham kan?

October 30, 2015

Diusik

Bismillah,

Melihat tulisan yang memuntahkan segala
Bebas melontar idea

Tulisan tidak dituju kepada sesiapa
Orang yang menulis lebih banyak tertuju padanya

Semenjak dua menjak ini
Rasa tak selesa berada di Kay El

Diusik dan terusik

Ibarat cermin
Kau lihat aku, aku lihat kau
Deep.
Hingga membuat aku hilang mood      


      Bawa ku pergi ke negeri ini,



"Ujian bertalu-talu
Rupanya Allah rindu"

October 28, 2015

Salah Tafsiran

Bismillah,

Susah juga ya,
Ketika berada di luar
Apabila hendak menjadi diri sendiri
Disangkanya tiada apa terjadi
Rupanya ada bisikan-bisikan halus mempengaruhi

Ada pula ketika di dalam
Ku pikir selamat berada di perbatasan
Rupanya bukan begitu
Lain yang difikir, lain pula yang berlaku.

Tersalah kiraan.
Math error

October 24, 2015

Belakang Tirai

Bismillahirrahmanirraheem.

Berkarya di sebalik tabir.

Selak-selak jadual kuliah
Berkira-kira dengan masa.

Ketika murabbi bertanya
Bagaimana feedback daurah minggu lepas?

hmm.

Jika ia mampu menggembirakanmu
Lakukanlah.

Tentukan masa
Potong waktu-waktu terluang

Permulaannya memang tak keseorangan
Ajak seseorang menemani
Secara tak langsung ia beroleh kebaikan

Cuma sekarang ini aku harus berani mengatakan
isi hati

Agar belum terlewat mengukir senyum puas
Meskipun wujudnya di sebalik tabir..

Time management is not a way to make you work harder and longer, 
but to help you work smarter; more easily and rapidly

October 14, 2015

Ayah

Bismillah,

Untukmu si gagah perkasa
Membanting tulang siang dan malam
Pembakar semangat bagi sekecil-kecil unggun api
Peneman setia di kala duka
Penguat jiwa tika malam gelapnya

Aku telat mengucap selamat di hari lahir
Tak ku sempat membakar kek buatan tangan :p

Meski jauh di tengah kota
Namun titipan doa akan dilayang menerusi angin bayu

Ku hadiahkan bait nama di sini
Di samping ku ada kamu
Bersama harapan pembebasan al-quds
Dua pemberi kata putus
Menang atau mati syahid

InsyaAllah.

Sanah Helwa Ayah, Happy 1st Muharram1437H !

Moga hari-harimu bertambah barakah,
.love.

October 11, 2015

Letih

Bismillah


Bilamana badan menanggung keperitan
Sementara anggota lain bersenang-lenang

Tangan di buku dan laptop.
Kaki di lantai putih 
Akal di meja belajar
Al-quran di benak jiwa
Dahi sujud ke sejadah

Kau punya dua kaki
Sementara si dia berkaki tempang

Andai kau ada tongkat sakti
Berikan pada si kaki tempang
ia sangat memerlukan

Katakan
Mahukah engkau aku pinjamkan lengan 
untuk kau berpaut

:: Bayt Firdaus ::

September 29, 2015

Saat seorang ayah menyebut nama anaknya

Seorang guru mengingat nama muridnya

Saat adik' ingin tahu sesuatu tentang kakaknya

Hati mana yang tidak tersentuh.

Belajar membuka hati seluas-luasnya

Open your eyes, heart and mind :)

August 25, 2015

Komiti Tadrib Aktivis

Bismillahirahmanirraheem.

Meraikan kepelbagaian itu menyeronokkan,
Sungguh.

Berada di kawasan yang bukan kita punya
Mengajar bahawa kita ini lain daripada yang lain

Dengan mengenali perwatakan mereka
Sekaligus aku kenal warna diriku

Ada ukht yang penyabar orangnya,
tidak banyak berkata namun tangkas lakukan kerja
Ada yang berani, bersifat keibuan.
Ada yang kelihatan biasa-biasa namun sebenarnya luar biasa

Pengalaman 3 hari yang cukup havoc
Anehnya,
Ia penuh dengan gelak ketawa
Terhibur melihat gaya mereka

Coba lihat
ukhti yg sekali sekala hanya berjumpa
pabila bertemu dia sudah masak dengan perangai kita
Wahai.

Apa ini maknanya aku masih belum cukup mengenali

Luangkan masa
garap peluang walau sebentar cuma
pasti enak hidangannya kelak.

Moga-moga amal ini membuahkan kasih sayang sesama kita

Taksis '15
"Memperkasa organisasi, menuju kampus harmoni"

July 31, 2015

Golongan Pertengahan


Tahap kebimbingan yang amat!
Bilamana melibatkan orang lain,
dan diri sendiri (aku).

Bagaimana hendak wasatiyah.

Mungkin ada benarnya test personaliti itu
Result; mediator.

July 11, 2015

Ramadhan #23: Harapan

Perbualan yang singkat dengan junior sekolah.

"Cuti berapa lama dik?"

"Sampai bulan ogos.huhu"

"Medic kena banyak berkorban hehe."

"Huhu tak berapa jiwa medic sgt lg ni.." :(

"Uih. Yang penting harus ada minat. Minat yg istiqomaaaah."

(Senyap beberapa ketika.)

"Btw kak, saje nak share, minat yang istiqamah dan tekad yang bulat tu is one thing yg kita doaaa sangat masa ramadhan ni.."

-------------------------------------------------

notakaki: akak belajar something daripada luahan harapan kamu.. (:

0447 A.M

July 10, 2015

Ramadhan #22: Bulan Pembaikan Diri

TENTANGAN

Bagi kamu,
Apa yang dimaksudkan dengan penentangan?

Skema.

Setiap yang menentang akan wujud ketidakpuasan
dan perasaan marah dalam diri

Masakan tidak
Disebabkan sesuatu isu itu lah
Oleh kerana itulah
mereka menentang

Mereka bilang,
Tentangan itu haruslah sih dalam bentuk kekerasan!

Tapi tahukah kamu
Tentangan juga boleh berlaku dengan kelembutan

Kita menentang dengan cara berlembut
Bukan inginkan kekuasaan atau pangkat
Justeru, kuasailah hati mereka dahulu

Jagalah perasaan mereka dan rebutlah hati mereka dengan;

1. Lembutnya seruan.
2. Hikmahnya lisan.
3. Santunnya akhlak.

Kerana kita adalah penyeru, bukan penghukum.

Masjid UTM, Skudai.
1.08 A.M

June 30, 2015

Ramadhan #13: Qudwah Hasanah

Bismillah..

Ada sesuatu yang baru
Yang ingin diterokai

Mendapat ilham dari seseorang
Melalui alam maya

Ingin jadi sepertinya

Meski tidak mengenali
Namun mengenali melalui penulisannya

Inspirasi.

Pernah ku temui beliau tika lepasan SPM
Ziarah tokoh dan beberapa tempat pengajian

Masa itu,
Beliau bergegas ke tempat kerja mungkin
Dalam kesibukan,
Sempat juga  meluangkan masa bergambar dengan kami
Budak-budak hingusan.

Entah mengapa
Aku masih ingat raut wajahnya
hingga kini.

Kemudian follow beliau di fb
Betapa berjiwa pemuda
Menyantuni golongan muda

Orangnya berseni
Seni dalam mencorak manusiawi

Mahu ku kutip corak itu
Mewarna dengan warna pelangi
Mungkinkah akan terukir cahaya
yang sudah lama suram..

Role model sebagai pembakar semangat!

June 22, 2015

Ramadhan #5: Syair Arab

Bismillah,

Sempena ramadhan, ingin aku petik kata-kata indah.
Khusus buat para pembaca berlari berkejaran mendapatkan ampunan dariNya.

 Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah mewahyukan kepada Daud a.s, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin (para pembenar)". Nabi Daud hairan lalu bertanya, "Wahai Tuhan, bagaimanakah aku akan memberikan khabar gembira kepada para pendosa dan peringatan kepada kaum siddiqin?". Allah berfirman, "Wahai Daud, berikanlah khabar gembira kepada para pendosa bahawa tidak ada dosa yang tidak akan Ku ampuni dan sampaikanlah peringatan kepada kaum siddiqin agar jangan berasa bangga dengan amal mereka. Bila Aku menghukum seseorang, ia pasti binasa. Wahai Daud, jika engkau mengakui cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia tidak mungkin berkumpul dalam satu hati. Wahai Daud, barangsiapa mencintaiKu, nescaya ia bertahajud di hadapanKu ketika orang lain tidur, berzikir kepadaKu di kala orang lain lalai serta bersyukur atas nikmatKu saat orang lain leka."

Berbahagialah insan yang pada waktu malam kedua-dua matanya terjaga
Ia lalui malam dengan gelisah kerana cinta kepada TuhanNya
 Ia bangun sendirian menatap bintang kerana rindu kepadaNya sambil mata Allah memandang dirinya dengan penuh mesra

Untuk sang pemuda,
Ku sambut engkau wahai hambaKu, dan Ku lindungi dirimu
Telah Ku terima semua ucapanmu
Suaramu dirindukan oleh para malaikatKu
Kami telah mendengarnya dan cukuplah itu bagimu
Walau angin berhembus dari pelbagai arah ia selalu menyangkur di hadapanKu
Itulah hambaKu yang berjalan dalam hijabKu
Saat ini telah Kami ampuni dosa-dosamu 


Ibnu al-Jawzi,
Air Mata Cinta Pembersih Dosa

June 19, 2015

Ramadhan #2: Dia melihat

Bismillah,



Sedang solat
Kamera di belakang berbunyi
Snap.

Tuan punya kamera juga
Tidak ketinggalan solat bersama.

Sepertimana amal kita
dicatit para malaikat
Kiri kanan,
Tak sedari
Ikhlas atau riak.

Malam ke-tiga
Kali ini datang berteman. ^^





June 18, 2015

Ramadhan #1: Iftor di Cabai

Bismillah,


Temu janji dengan mereka di midvalley
Haru.

Semoga sentiasa
dalam dakapan bahagia.



Muka kekenyangan tak boleh tahan
Heh.
Terima kasih untuk ini,
Sis and bro in-law.


Sempat berkejar ke ar-rahah
Terkini..,
Jemaah semakin ramai
Alhamdulillah


June 17, 2015

Ramadhan: Tarawih Pertama


Masjid ar-rahah di belakang rumah sewa

Bismillah,
Tekadkan azam
Meniti jalan keseorangan
Menuju ke bangunan berkubah itu

Aku mahu hadirkan rasa 
Di ramadhan pertama
 tarawih bersama
di masjid pilihan

Untung hari esok tiada paper

Masjid yang menarik perhatian
Lif, dewan, penghawa dingin, bersih, luas
Selesa dan menenangkan


Meski sedang berperang di dewan peperiksaan
Ibadah bukanlah nombor dua
Malah sepatutnya yang terutama sekali

Tidak semua orang boleh merasa
Menduduki exam di bulan mulia ini
Hanya mereka yang terpilih sahaja
Diuji pada dua perkara

Moga exam tidak mematikan niat 
untuk kaki ini menjejak masjid ini 
Esok dan seterusnya

Jadikan ramadhan ini penjara buatku
Mengajarku kebaikan tidak berbelah bagi
dengan memberi, bukan menerima

Aku ingin sekali menggarap keberkahan
Mengharap keampunan, 
yang ada padamu, Ramadhan.


Bayt Firdaus, Kuala Lumpur.


May 26, 2015

Destinasi

Bismillahirrahmanirraheem.

Angin sepoi-sepoi bahasa
Alangkah indahnya di kala ini
Bertemankan taman hijau
Duduk diam
Omong sendirian.

Dan
Bertemankan si peneman
Kemudian meluahkan
Luahan rasa

Saling membangkitkan iman


May 16, 2015

Sebuah Kisah

Menaiki bas awam

"Pakcik, nak turun sini boleh?" (di tepi jalan)

"Turun sini?"

"Ya.."

"Hati-hati turun. Tengok motor kat belakang"

"Terima kasih.."


P/s: duduk di KL
 perlu careful banyak.

Lebih-lebih jika memandu
di waktu maghrib,
Kereta sedang menggila.

May 14, 2015

Random Tengah Malam

Bismillahirrahmanirraheem.


1. Bermain dengan angka di kertas
2. Bermain dengan bilangan manusia

Walaupun ia cuma nombor
Ya aku sedang bermain dengan nombor

Namun ianya berbeza

Satu mengenai jujur, tepat, amanah
Satu lagi mengenai kualiti, kuantiti dan tanggungjawab

Maka sekali lagi
aku sedang bermain dengan amanah dibahuku

Maafkan aku,
Yang kedua sering dihiraukan
Kerna jujurnya aku tidak pantas berada di posisi ini

Yang pertama pula,
Kerisauan kian menghampiri
Untuk aku memuntahkan nombor2 di khalayak ramai.

Waa

----------------------------------------------------------------

Tuhan
Mudahkan urusan
Lorongkan jalan terbaik.

May 12, 2015

Replay the song


This life as you know
You reap what you sow
And when you do good
Allah will protect you
Stop you falling down

Allah we surrender
Cause he knows all no compromise
Hears your laughs
Feels your cries
He is there all the time


Make du'a
Praise Allah
Our iman will grow
InshaAllah we will go far
There is a long way to go

We pray salat it’s from the heart
Love will keep us whole
And when you’re feeling down
You know the way to go

Allahu Ya Allah
You know I feel in my soul
Ya Allah you’re everywhere we go

In your name we will pray
I will keep to my faith
Search inner peace to set me free
For my iman to raise

Allah we surender
I’m always looking out for the sign
To honor you and make you proud
Together we will shine

When your world is going down
You think it’s over
And everyone around you builds you up
And knock you down

Broken heart and pain
I’m living my life this way
Don’t know which way to take
It’s like this every single day

And now it’s time to change

Finally feel awake
Never gonna sit back and fade away
No more wasting my days
Wasting my days away

Song Title: Trust In Allah
Artist: Saif Adam

Ragam Pelbagai

Bismillahirrahmanirraheem.

Terlalu mengikut kata hati
Tanpa memikir perasaan orang

Masih belum cukup sempurna
Muwasofat kamu
Atau kamu itu yang amat ekstrem

Aku khuatir
Tanpa kamu sedari
Ramai akan terluka

Nasihat
Telan walau pahit.

May 04, 2015

Melukislah

Bismillah..


"Akak, saya selalu rasa down"

"Nanti cuti semester kita pergi musafir sama-sama jom
Cari hammasah baru"

:D

Saat dia berada di bawah,
Tinggikan kedudukannya


April 05, 2015

Nota hati

Bismillahirrahmanirraheem.

Manusia baik
Selalu saja melembutkan hati

Aku lihat dia
Diri termuhasabah
Sejauh mana kebaikan
telah aku sebarkan kepada mereka?

Beruntung mereka yang berbuat kebaikan
Merugi bagi yang sebaliknya.

March 16, 2015

I'm Busy

Bismillah,

Sekian lama tidak menjenguk kolej
selain the royal college.
Tempat membesar dulu
Heh.

Aku lihat ramainya mahasiswa mahasiswi
Mengejar dan meraih merit

Sanggupnya mereka
Aktif di malam hari
Lelaki perempuan tiada beza
Musics, games, persembahan, latihan
setiap malam

Bagaimana untuk merubah
Jika malamnya diisi dengan kesibukan

Dikatakan pagi belajar
Malam pula
Ah aku ada latihan
Weekend aku punya aktiviti

Di mana masa kau mencari ketenangan?
di tengah kesibukan.

Peruntukkan masa
Kenali diri dan potensi dengan cara yang syar'i.

March 10, 2015

Bismillah..

Aku cemburu
Pada yang sujud menyembah bumi
Di sepertiga malam.

Lantas aku bertanya
Bagaimana mahu menjadi kuat?

Tidak perlu kuat dari sudut fizikal

Kekuatan dalaman yang harus padu!
Semangat yang tidak pernah luntur.

Allahu..

March 04, 2015

Padang Kontang

Bismillah

Yang aku perlukan sekarang
adalah hikmah para syuyukh

Menjelaskan satu per satu
Cara mengendalikannya

Syabab
Sifatnya hammasah

Lari dalam bulatan yang sama
Melulu
Tanpa arah.


#Tolong pandu,
agar padang kembali menghijau.

February 28, 2015

Syukur
Bukan hanya pada lidah

Di setiap langkah
yang kau atur perjalanan

Jalan
dengan yakin

Apapun terjadi
senyum

Allah di sampingmu

February 05, 2015

Penawar jiwa kacau

Bismillahirrahmanirraheem.

Tika gelisah

Sebanyak mana pun kau pm (personal message) orang ramai
untuk dapatkan perhatian daripada mereka
Sekuat mana pun kau pasang lagu feveret kau satu rumah boleh dengar
Selama mana pun kau tengok cerita drama korea beratus-ratus episod sampai tak tidur malam

Semata-mata memuaskan kehendak nafsu
It's no use

Lebih baik engkau berbicara sama tuhan

Tidak semua perlu luah pada manusia
Katakan yang baik-baik sahaja atau;
diam adalah lebih baik bagimu.

February 02, 2015

Silap Percaturan

Bismillahirrahmanirraheem.


Rekaan falsafah aku

Aku pasti kamu tentu arif tentang permainan chess,
King, queen, castle, knight, bishop & pawn.

Bagi aku,
Yang paling banyak berkorban dan TERkorban itu adalah pawn,
Aku gelarnya askar
Sanggup berkorban mempertahan ahli lain.

Tidak kurang juga,
Mereka yang lain memainkan peranannya,
Mara ke hadapan malah mengerah seluruh tenaga.

Namun,
Jikalau arahan tidak sampai sebaiknya kepada mereka, 
Kucar-kacirlah kesemua,
Bergerak mengikut kehendak sendiri.

Bagaimana di bawah mampu capai kemenangan,
Sementara yang di atas masih belum kukuh dipersiapsiaga?

Checkmate.



January 30, 2015

Random- one

Bismillahirrahmaniraheem

Perbualan dengan junior sekolah..

H: Awak ambil kos farmasi kan? Lupa la.

F: A'ah farmasi. And kite taknak kerja dengan manusia.
Nak kerja dengan binatang. hihi. Jadi vet pharmacist. ^^v

H: Woah. Sejak bila awak suka animals ni?

F: Sejak tak suka humans.

............................................................


Oh well
Manusia ni pelbagai kan?
Aku suka prinsip kau
Kau tahu apa kelebihan dan kekurangan
Lalu kau pilih jalan ini
Kalau itulah yang kau sukai

Ada manusia yang mahu jauh dari gangguan manusiawi
Macam-macam kerenah yang harus ditempuh
Macam-macam ragam hingga dia buntu mencari solusi

Mungkin
aku juga seperti kamu.

January 21, 2015

Usai peperiksaan

Bismillah

10.01.15
Selesai ujian, bergegas ke Hospital Kuala Lumpur melawat opah

Awalnya tidak mahu menyusahkan mereka
Tapi memikirkan perjalanan yang aku sendiri tidak pasti ke mana arahnya
Mereka sudi menemani

Gembira
Sekurang-kurangnya dapat berta'aruf dengan ahli keluargaku
Bukankah itu bakal menimbulkan rasa kasih dan sayang?
Sedikit demi sedikit aku percaya

Di perjalanan
Seorang mulai sakit kepala
Seorang lagi menahan kesakitan di perut
Aduhai kasihan..

Meneruskan misi
Ke kedai buku
Si dia telah lupa peningnya bila melihat buku ^^'

Sampai di perumahan
Tersenyum kecil
Melihat dua merpati pulang ke sangkar

"Jazakillah sepanjang kita berukhuwwah"

Memaknai erti persahabatan.